Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 19, 2016

[KUANTAN] SASAR 1,579 DAFTAR BAWAH GST

Sasar 1,579 daftar bawah GST



Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mensasarkan sebanyak 1,579 syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan di Zon Pantai Timur didaftarkan di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menerusi Ops Jejak GST 2016.

Pengarah Kastam Pahang, Datuk Sarip Ismail yakin sasaran itu dapat dicapai melalui operasi khas yang dilancarkan bermula semalam sehingga Isnin depan.

Menurutnya, sebanyak 397 syarikat dijangka didaftarkan di Kelantan, manakala 322 di Terengganu dan 850 Pahang.

Beliau berkata, jumlah itu diperoleh berdasarkan risikan Kastam mengenai pendapatan syarikat yang mencapai RM500,000 setahun.

“Mereka yang memperoleh pendapatan itu wajib berdaftar mengikut Seksyen 20 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah Ops Jejak GST 2016 di Pejabat Kastam di Indera Mahkota, semalam.

Beliau berkata, Kastam akan mengesan pihak berdaftar dengan GST tetapi gagal mematuhi Seksyen 33 Akta CBP 2014 iaitu mengeluarkan invois cukai yang menyebabkan amaun GST tidak dapat diakaunkan dengan sepatutnya.

“Mereka yang mendaftar dengan GST dan dikesan gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta CBP 2014, boleh dikenakan kompaun serta merta," katanya.

Dalam pada itu, Sarip berkata, syarikat dan individu terbabit perlu memberi kerjasama sepenuhnya bagi melancarkan operasi pendaftaran serta pengurusan pada masa depan.

“Ia dapat mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang pada masa depan,” katanya.




0 comments:

share2