Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 16, 2016

[KUANTAN] BUKAN SEMINGGU UNTUK BEBAS BAUKSIT

bauksit



Meskipun moratorium perlombongan bauksit bermula hari ini di sini, namun Kuantan Port Consortium Sdn Bhd meminta orang ramai agar tidak menaruh harapan tinggi untuk melihat pelabuhan berkenaan bebas daripada bauksit dalam tempoh seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasbullah A. Kadir berkata, orang ramai perlu sedar bahawa KPC diberikan tempoh sebulan bermula hari ini sehingga 15 Februari depan untuk mengosongkan simpanan bauksit di pelabuhan berkenaan.

"Selepas tempoh itu berakhir, kita mempunyai tempoh dua bulan untuk membersihkan pelabuhan. Oleh kerana kurangnya kargo dan operasi, kita mempunyai lebih banyak ruang dan masa untuk diberikan tumpuan kepada proses pembersihan, termasuk menambah baik infrastruktur kami.

"Tetapi perlu diingatkan bahawa ini bukan kerja satu malam. Kami telah menyediakan pelan khusus untuk menangani isu ini, tetapi proses ini boleh mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum kita dapat melihat hasilnya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Khasbullah, buat masa ini, proses pembersihan sedang dilakukan setiap hari dan KPC telah membelanjakan lebih RM1 juta setiap bulan untuk tujuan itu. 

Bagaimanapun, katanya hasilnya mungkin tidak seperti yang dijangkakan sesetengah pihak kerana pelabuhan berkenaan mengendalikan bauksit dalam jumlah yang banyak, katanya.

Beliau juga berkata, KPC mengupah pihak luar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan membabitkan enam kontraktor, untuk melakukan berkenaan setiap hari. 

"Kami akan menggunakan tempoh moratorium tiga bulan untuk menilai operasi kami.

"Kini, masih terlalu awal untuk menyatakan sebarang kemajuan, tetapi ayuh kita mengharapkan pelabuhan yang lebih baik dan bersih selepas tamat tempoh berkenaan," katanya.

Khasbullah berkata KPC telah membeli tiga lori pembersihan khas dari China yang dijangka memulakan operasi bulan ini




0 comments:

share2