Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 16, 2016

KESELAMATAN NEGARA ANTARA 5 TERAS UTAMA KEMENTERIAN PERTAHANAN



GENTING HIGHLANDS, 15 Jan - Kesiapsiagaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keselamatan negara adalah antara lima teras utama yang menjadi tumpuan Kementerian Pertahanan (Kementah) tahun ini, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tiga teras utama lain adalah kebajikan anggota dan veteran tentera serta diplomasi pertahanan dan transformasi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Pihak kementerian, ATM dan pihak berkepentingan akan duduk semeja dan berbincang berhubung lima teras ini.

"Hasil dan keputusan akan dijadikan panduan serta rujukan kepada Kementah sepanjang tahun ini," kata Hishammuddin dalam sidang media selepas Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan 2016 di sini, Jumaat.

Turut hadir Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zin.

Selain itu, Hishammuddin berkata aspek komunikasi turut menjadi fokus utama dalam usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap usaha dan inisiatif yang dilaksanakan Kementah.

Mengenai pengubahsuaian Bajet 2016, Hishammuddin berkata satu pendekatan proaktif perlu dikenal pasti memandangkan isu keselamatan negara tidak boleh dikompromi.

"Kita perlu tengok kepada keutamaan dalam keadaan ekonomi serta politik negara yang tidak menentu ketika ini.

"Selain itu, aset yang sudah komited (tersenarai) dalam Rancangan Malaysia Ke-10 perlu diteruskan," katanya.

Program tiga hari itu diadakan khusus untuk menetapkan hala tuju dan pelan strategik Kementerian Pertahanan bagi tahun ini.




0 comments:

share2