Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 1, 2016

ISU 'MUSANG BERBULU AYAM' POLIS PANGGIL NADZIM


Datuk Nadzim Johan


Kuala Lumpur - Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan akan dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataannya mendakwa terdapat anggota polis yang bersubahat dalam kes penipuan terutamanya di Kompleks Kota Raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau (Nadzim) akan dipanggil dalam masa terdekat ini untuk beri apa saja maklumat bagi siasatan.

Menurutnya, ini kerana ketua aktivis tersebut mendakwa mengenai terdapat ‘musang berbulu ayam’ dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Beliau (Nadzim) sendiri boleh datang berjumpa dengan saya dan beri maklumat untuk saya jalankan siasatan,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, jika dia (Nadzim) sendiri tidak berpuas hati dan sebagainya, boleh berjumpa sendiri dengan pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips).

Nadzim dalam kenyataannya mendakwa banyak perkara pelik berlaku apabila pengusaha premis berani melakukan penipuan secara terang-terangan seperti ada yang melindungi.

Selain itu, Tajuddin turut menasihatkan supaya isu penahanan beberapa ahli PPIM tidak dijadikan sebagai isu.

Katanya, penahanan itu adalah prosedur untuk tujuan siasatan kerana polis menerima laporan berkaitan pemerasan. Isu pemerasan ini masih dalam siasatan dan akan berusaha menyelesaikan kes ini untuk dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya bagi mengetahui keputusan lanjut.

Mengulas berkenaan kes penipuan di kota raya beberapa hari lalu, beliau berkata, seorang lelaki didakwa di mahkamah Kuala Lumpur semalam atas dakwaan menipu.

“Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 415/417 Kanun Keseksaan dan seorang lagi suspek masih diburu,” katanya.


0 comments:

share2