Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 31, 2016

ISU BAUKSIT YANG MASIH BELUM REDA - MENJAWAB TULISAN BLOGGER AWW..



Seperti yang dijangka, isu bauksit masih belum reda. Lakukanlah apa sahaja, ianya akan tetap tidak akan reda.  Ini mudah kita fahami kerana ianya adalah bahan mainan politik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat. 

Pembangkang dan pencacainya hadir dalam berbagai-bagai wajah..., selain dari Wakil Rakyat pembangkang sendiri, mereka juga hadir sebagai NGO, profesor, wartawan, jurugambar dan pengamal media sosial, blogger.. semuanya memainkan satu peranan yang sama... memburukkan imej kerajaan memerintah.

Dalam isu bauksit ini, saya merujuk kepada satu lama blog yang memainkan isu bauksit ini beberapa kali. Minatnya dalam memperjuangkan alam sekitar yang sangat tinggi sehingga diragui bahawa apakah ianya tidak mendapat apa-apa imbuhan dan ganjaran ?

Setelah meneliti beberapa tulisannya, saya faham bahawa blogger berkenaan sebenarnya tidak faham isu yang diperkatakan dengan jelas. Beliau hanya menulis bedasarkan laporan dan tulisan-tulisan di media dan tidak melihat dan mengetahui sendiri keadaan sebenar.

Sebenarnya blogger berkenaan keliru dengan 2 keadaan sebagaimana laporan dimana ikan-ikan ditemui mati di perairan Kuantan. Sila rujuk laporan akhbar Sinar Harian berikut;

Sila lihat tarikh laporan berkenaan ditulis; 20 Mei 2015 dan 6 Jan 2016.

Fenomena ikan mati terdampar di pantai pada tahun 2015 telah disahkan berikutan hasil ikan tangkapan yang tiada nilai dan dibuang ke laut oleh nelayan lalu terdampar dipantai berkanaan. Manakala kes ke-2, dilaporkan beratus-ratus ikan mati di Sungai Tonggak dan didakwa disebabkan oleh toksid bauksit.

PahangKu Media sudah menjelaskannya dalam artikel bertajuk "KERANA 'MATI BERAMAI-RAMAI' IKAN BELANAK JADI POPULAR DI KUANTAN" (Sila Klik Sini).

Setelah meneliti tulisan AmenoWorld (Aww) yang menulis; 'Tiada sesiapa kata ikan itu hidup di Sungai.....' jelas bahawa dia sangat keliru dengan fakta tentang 2 kes kematian ikan dan mengenai ikan belanak yang boleh hidup di air payau dan air tawar.

Kita tidak memandang serius perkara ini dan tulisan diblog Aww kerana kita sedar bahawa kreadibilitinya sebagai blogger juga dipertikaikan. Sila baca apa pandangan blogger lain mengenainya. (KLIK SINI)

Memang kelakar bila membaca kenyataan Aww; " Takungan kolam bauksit yang merbahayakan kerana ia menjadi tarikan pada anak-anak muda untuk mendekati dan mandi manda sekaligus mendorong kepada insiden lemas....."

Kita tidak tahu anak muda yang bagaimana akan tertarik untuk mandi manda dalam kolam takungan seperti yang didakwa. Kita jadi keliru kerana pada satu ketika Aww mengambarkan keburukan dan bahayanya bauksit tetapi dalam masa sama mengambarkan bahawa ianya mampu jadi tarikan. Mungkin itu kerana kekacauan minda penulis itu sendiri.

Mungkin perlu kita ingatkan bahawa tidak semua mereka yang dianggap cerdik pandai itu mahir dalam semua bidang. Jika seseorang itu pakar bahkan profesor dalam bidang mineral tidak bermakna beliau juga pandai dalam perikanan. Yang bijak pandai berkata-kata sebagai wartawan juga tidak semestinya pandai dalam hukum hakam Agama.

Yang pasti adalah, ada orang-orang tertentu menggunakan nama dan pengaruhnya sama ada sebagai NGO atau media untuk mendapatkan sesuatu yang sebelum ini ditentang atas nama cintakan alam sekitar, namun bila keinginannya tidak dipenuhi maka mereka akan lebih cenderung untuk menggambarkan keburukan kepimpinan dan kerajaan. Wallahualam!

Apa pun, sila tonton klip video dibawah ini  ~  Editor.









0 comments:

share2