Melaka: Individu yang mengaku sebagai pewaris Kesultanan Melayu Melaka dianggap sebagai gila kuasa serta memalukan negeri ini dan negara.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, perkara itu boleh menjadi bahan jenaka kepada masyarakat.
"Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan individu berkenaan perlu bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kekacauan.
"Kita sudah merdeka hampir 59 tahun, namun saya pelik apabila ada yang tiba-tiba mendakwa waris Kesultanan Melayu Melaka," katanya ketika mengulas mengenai penahanan seorang wanita menggelarkan dirinya sebagai 'Bonda Ratu' dan suaminya dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Rambai, Jasin, 2 petang, semalam.
Beliau ditemui pada Program Ziarah Kasih, di Sungai Udang.
0 comments:
Post a Comment