Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 19, 2016

DIA TANYA KAKI BILEH TUMBUH LAGI ATAU TIDAK?

Dia tanya, kaki boleh tumbuh lagi atau tidak



SHAH ALAM – “Alhamdulillah dia (Nuraisyah) mampu tersenyum walaupun soalan yang paling mengguris hati dia tanya kaki boleh tumbuh lagi atau tidak,” demikian ujar abang Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua belah kaki akibat digilis lori, semalam.

Dalam kejadian tersebut, Siti Nuraisyah membonceng sebuah motosikal jenis Honda EX5 bersama kakak tirinya, S Shamim Amira Roslan, 14, tidak sempat mengelak sebuah kereta Perodua Kancil yang dikatakan bergesel dengan motosikal mereka, menyebabkan keduanya mengalami kemalangan akibat digilis lori.

Siti Nuraisyah kehilangan kedua kakinya, manakala kakak tirinya hanya mengalami terseliuh kaki kiri dan kanan apabila tercampak ke tepi jalan.

Memetik muat naik status Facebook abang Siti Nuraisyah, Huzaini Sahrin, Siti Nuraisyah sudah pun selamat menjalani pembedahan.

Bagaimanapun Huzaini tidak dapat memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku.

“Bagi anda yang nak tahu kejadian sebenar, boleh dapatkan maklumat di akhbar, maaf saya tidak dapat nak jelaskan apa yang berlaku.

“Diharap semua tanda tanya anda terjawab di akhbar. Terima kasih di atas doa dan kesudian anda mengambil berat tentang kami sekeluarga,” katanya lagi.

Siti Nuraisah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaaah (HTAJ) Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.


Semalam, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, kedua-dua mangsa itu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Parit 16 Sungai Panjang.


"Sebelum kejadian, sebuah Perodua Kancil dipercayai memintas motosikal mangsa dari arah sama sebelum kedua-dua mangsa tergesel lalu terjatuh.


"Pelajar tingkatan satu terbabit jatuh ke tengah jalan sebelum sebuah lori dari arah bertentangan sampai di tempat kejadian lalu menggilis kaki mangsa , manakala kakaknya tercampak di kiri jalan," katanya.




0 comments:

share2