Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 6, 2016

AKTIVITI PERLOMBONGAN BAUKSIT DIHENTIKAN TIGA BULAN


Lori Bauksit


Kuala Lumpur - Sebarang aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang dihentikan sementara selama tiga bulan bermula 15 Januari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu merupakan antara salah satu syarat moratorium yang diputuskan Kabinet bagi membolehkan pengusaha dan pengeksport menguruskan simpanan (stockpile) bauksit sedia ada untuk mengelakkan masalah pencemaran.

"Bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri Pahang dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan moratorium tersebut.

"Dalam tempoh pelaksanaan moratorium tersebut, kerajaan akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan moratorium ini dipatuhi," katanya dalam sidang media bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di sini, hari ini.


0 comments:

share2