Kuala Lumpur - Seorang pemimpin yang memimpin parti dan negara umpama seorang imam yang sedang memimpin solat berjemaah.
Manakala semua ahli parti dan masyarakat pula, menurut Ketua Pemuda Umno bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, adalah makmum yang dipimpin imam ketika bersolat.
Menurut Tawfiq, selagi imam itu tidak terbatal solatnya, seluruh makmum hendaklah mengikuti solat yang dipimpin imam.
"Selagi imam itu tidak keluar 'gas', tidak batal solatnya, kita hendaklahlah ikut imam kita sehingga selesai solatnya," katanya ketika membentangkan usul pada Perhimpunan Agung Umno 2015, di sini, hari ini.
Katanya lagi, sebagai pengikut semua pihak tidak boleh berburuk sangka dengan pemimpin kerana ia hanya akan melemahkan organisasi dan negara.
"Tak kan (semasa solat) kita nak pergi ke depan (hadapan), tampar imam kita?" soalnya sambil merujuk kejadian yang berlaku di masjid negara baru-baru ini di mana seorang warga asing muncul dari barisan saf di belakang imam, lalu menampar imam yang sedang mengetuai solat Jumaat ketika itu.
0 comments:
Post a Comment