Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 25, 2015

LARI TINGGALKAN KEKASIH ELAK DITAHAN PENGUATKUASA

Lari tinggalkan kekasih elak ditahan penguatkuasa



Bandaraya Melaka - Seorang lelaki warga asing tekad lari meninggalkan kekasihnya selepas mereka ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam pemeriksaan di sebuah hotel di Melaka Baru, di sini, malam tadi.

Lelaki yang dipercayai berusia 26 tahun dan disyaki berasal dari Bangladesh itu berjaya lolos sebaik sahaja turun daripada tangga hotel menuju kenderaan jabatan berkenaan dalam kejadian jam 12.40 tengah malam.

Anggota penguat kuasa yang mengejarnya bagaimanapun gagal menahan semula lelaki yang bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam itu selepas berlari sejauh lebih 200 meter sebelum dia dipercayai masuk ke dalam kawasan berlukar berhampiran.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, meskipun lelaki tersebut berjaya bersembunyi namun pihaknya akan berusaha mengesannya sekali gus yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan.

"Tindakannya melarikan diri membiarkan kekasihnya sendirian berhadapan penguat kuasa seolah-olah menunjukkan dia tidak bertanggungjawab, apepun kita boleh mengesannya dengan pelbagai cara dan kaedah.

"Namun kita akan minta lelaki itu menyerah diri dan datang ke pejabat Jaim sebelum tangkapan semula dibuat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


0 comments:

share2