Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 26, 2015

[KUANTAN] POLIS TAHAN DUA PENGEDAR PIL KUDA


Pil Kuda


Dua lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran pil kuda secara kecil-kecilan ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Aneka Jaya, Permatang Badak, di sini awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata suspek yang berusia 33 dan 38 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 1 pagi yang dilakukan sepasukan anggota polis diketuai Insp Azli Ishak dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. 

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap suspek berusia 38 tahun, polis berjaya merampas dua paket plastik mengandungi ketulan jernih disyaki syabu bersama 23 pil kuda jenis Yaba. 

"Siasatan lanjut mendapati suspek itu juga mempunyai empat rekod jenayah berkaitan kesalahan dadah," katanya di sini hari ini. 

Abdul Aziz berkata seorang lagi suspek pula didapati berada dalam senarai dikehendaki polis bersabit kes pecah rumah selain mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah. 

Beliau berkata kedua-dua suspek yang positif dadah jenis amphethamine kini ditahan reman mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


0 comments:

share2