Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, December 7, 2015

ISU SAMAN: PPIM SEDIA JAWAB


Nadzim Johan


Shah Alam - "Pihak kita tidak ada masalah. Kami akan bongkar di mahkamah dan ini peluang kami hendak dedahkan perkara sebenar'.

Demikian respons Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika ditanya ‎tentang status terkini mengenai kenyataan Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd akan mengambil tindakan saman terhadap seorang bekas jururawatnya, Naziah Sauni Samat,24, dan PPIM dalam tempoh terdekat.

Tindakan saman itu, susulan sidang media Naziah, bersama Nadzim yang mendakwa jururawat itu dibuang kerja kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.

Mengulas lanjut, Nadzim mendakwa, beliau mempunyai bukti yang kukuh untuk mempertahankan kenyataannya bersama Naziah sebelum ini.

"Kita ada rakaman itu, ‎kita buat perkara betul, kita tidak menyebut apa benda.

"Ini kerana dia menafikan hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi oleh Perlembagaan Negara, itu sahaja Islam adalah agama rasmi, dia hendak buat apa ikut dialah," katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Nadzim berkata pihaknya pernah berjumpa sendiri dengan pihak Hospital Damai untuk meleraikan isu tersebut.

"Tiga minggu lepas saya jumpa sendiri (Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service) Regina Sundram, dia kata OK. Tetapi dia hendak tengok pengesahan daripada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang mana kita sudah hantar, dan dia hendak surat Kementerian Kesihatan sahkan.

"Jadi surat Jakim kita sudah hantar, cuma surat untuk Kementerian Kesihatan 'pending' kerana Dr Hamidah di luar negara, jadi saya kata, biarlah mereka pakai, jadi dia setuju, tapi bila kita balik dia buat laporan polis, katakan kita ugut dia pula," ujarnya.

‎Kelmarin, Naziah dalam kenyataannya berkata, beliau diberhentikan oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta kerana memakai baju lengan panjang dan tudung. Perbuatan itu dianggap kesalahan besar.


0 comments:

share2