Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 30, 2015

CAMERON HIGHLAND: MASIH TIADA LAPORAN DIBUAT KEPADA SPRM

Dato' Zainul Darus, Pengarah SPRM Negeri Pahang
Setelah lebih tiga (3) minggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri membuka Pusat Informasinya di Brinchang, Cameron Highlands sejak 9 September, belum juga menerima walau satu laporan mengenai rasuah.

Ini disebalik ketiadaan pusat seumpamanya di kawasan tanahtinggi itu sebelum ini, yang dikatakan sebagai punca tiadanya usaha penduduk tempatan untuk membuat laporan mengenai gejala rasuah di sana.

“Dulu, hasil daripada perbincangan dengan SPRM, pihak ‘press’ – salah satu sebab dia orang sebut (penduduk Cameron Highlands tidak buat laporan mengenai rasuah), sebab (lokasi pejabat SPRM yang) jauh.

“Tapi bila kita dekat (dengan adanya Pusat Informasi ini), tak ada orang (datang) ‘report’pun,” demikian kata Pengarah SPRM Negeri, Dato’ Zainul Darus pada temubual eksklusif lewat pagi Rabu, 30 September, di pejabatnya di sini.

Tidak pun juga laporan daripada seorang ketua sebuah pertubuhan bukan Kerajaan di sana, yang sering diburu oleh media tempatan bagi mendapatkan pandangannya tentang aktiviti pencerobohan tanah secara haram?, tanya penulis.    

“Ya, tak dak, tak dak… dia bising tapi bila kita jumpa dia, dia kata tak ada (maklumat sahih tentang gejala rasuah). Dia bagi tau kata ada RM10,000, RM5,000 orang tu dapat, Pejabat ni (dari Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands) tapi bila kita jumpa dia, dia kata dia dengar orang (cakap).

“Tapi, itulah satu benda yang saya tak setuju dengan paper (akhbar-akhbar berkenaan yang sering melaporkan tentang tanahtinggi) ni. Dia ‘quote’kan benda (perkara) yang tak betul. Dia ‘based’ kepada dengar cakap sahaja, ‘hearsay’,” jawab Dato’ Zainul.

Menurutnya, SPRM Negeri telahpun menyewa sebuah rumah kedai milik Majlis Daerah Cameron Highlands untuk dijadikan Pusat Informasi tersebut, dengan menugaskan dua (2) pegawainya berGred 29, yang beroperasi dua (2) hari seminggu pada Selasa dan Rabu.

Pusat Informasi ini dibuka sementara menunggu sebuah pejabat cawangan SPRM yang kekal diwujudkan di sana, yang kini sudah dipohon kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kelulusan. 

0 comments:

share2