Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 29, 2015

ABANG TOLONG PULANG SEGERA KERANA IBU SAKIT TENAT!


Joachim


Tambunan - Seorang lelaki, Joachim Hubertus Ola, 43 tahun dirayu pulang ke pangkuan keluarga dengan segera kerana ibunya sedang sakit tenat dan sedang dirawat di Hospital Keningau akibat masalah pernafasan.

Adiknya, Halena Hubertus Ola, 33, berkata, abangnya keluar dari rumah keluarga di Kampung Kipaku, Tambunan Sabah sejak 2001 untuk mencari kerja di semenanjung dan tidak pulang hingga ke hari ini.

"Setahun selepas kejadian tsunami, abang ada menghubungi keluarga mengatakan dia berada di Bukit Mertajam Pulau Pinang dan bekerja dalam sektor binaan. Abang kata dia selamat tak terlibat dengan tsunami.

"Namun selepas itu kami terputus hubungan dan cubaan untuk mencari abang juga gagal," katanya hari ini.

Halena berkata, pada tahun lalu bapa mereka meninggal dunia dan perkhabaran berkenaan tidak dapat disampaikan kerana Joachim gagal dijejaki.

Kata Halena lagi, ibunya Kinon @ Rosline Binti Umbak sering bertanyakan bila abangnya akan pulang kerana terlalu rindu.

"Saya merayu kepada abang agar segera pulang kerana sebelum ibu sakit dia sering bertanya di mana abang.

"Nama abang sering disebut-sebut. Kami buntu kerana tidak tahu bagaimana hendak mencari abang," katanya.

Halena boleh dihubungi di talian 0198040824.


0 comments:

share2