Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 9, 2015

[TEMERLOH] MAYAT PELAJAR TERJUN JAMBATAN DITEMUI


Lelaki terjun jambatan ditemui


Seorang nelayan terkejut melihat mayat terapung di jeti Kampung Sungai Duri ketika mahu turun ke sungai untuk menjalani rutin menangkap ikan, tengahari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki yang disyaki terjun di jambatan Temerloh petang Selalu lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1.50 tengahari yang memaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut. Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan pada mayat mangsa dan kini sedang menunggu waris mangsa bagi mendapatkan pengesahan melalui pengecaman mayat dan bedah siasat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang 3 November lalu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun seorang pelajar institut pengajian tinggi di Kuantan disyaki terjun ke Sungai Pahang dari atas jambatan Temerloh setinggi kira-kira 20 meter.

Berdasarkan laporan awal, remaja lelaki tersebut yang menunggang motosikal dari bandar Temerloh bertindak memberhentikan motosikal ditunggang di tengah jambatan lalu terjun ke dalam Sungai Pahang.

Seorang saksi, Azahari Lateh berkata, dia melihat lelaki terbabit memakai kain pelekat dan berbaju T memberhentikan motosikal di tengah laluan motosikal di atas jambatan Temerloh.

Tidak lama kemudian pihak berkuasa menerima panggilan awam mengatakan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan Temerloh dan operasi mencari mangsa dimulakan jam 4.50 pada hari yang sama.

0 comments:

share2