Susulan kejadian serangan di bandar Paris, lapan penyerang bersenjata dalam serangan yang meragut lebih 150 nyawa terbunuh termasuk tujuh daripadanya yang memakai tali pinggang mengandungi bahan letupan.
Menurut satu sumber yang ada kaitan dengan pasukan penyiasat berkata, empat daripada penyerang terbabit terbunuh di dewan konsert Bataclan, tiga daripadanya dengan mengaktifkan tali pinggang yang mengandungi bahan letupan, manakala seorang lagi ditembak polis manakala tiga lagi mati berhampiran stadium nasional Stade de France.
Penyerang keempat dibunuh di sebatang jalan ke arah timur Paris.
Media tempatan melaporkan, enam lokasi berasingan menjadi sasaran, meliputi stadium nasional hinggalah ke sebuah restoran piza.
Antara kawasan sasaran ialah Dewan Konsert Bataclaun, Stade de France, Rue de Charonne, Rue de la Fontaine au Roi, Restoran Casa Nostra dan Boulevard Voltaire.
Sementara itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan memantau rapat situasi di Paris menerusi Kedutaan Malaysia berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden serangan itu buat masa ini.
Warga Malaysia yang tinggal di Paris, atau yang mahu memulakan perjalanan ke sana dinasihatkan agar berhati-hati ketika di kawasan awam dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Susulan kejadian itu juga Presiden Perancis François Hollande mengisytiharkan darurat di seluruh negara.
Dalam perkembangan terkini, IS dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
0 comments:
Post a Comment