Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 9, 2015

REMAJA SELAMAT SELEPAS TERPERANGKAP 50 JAM


Remaja selamat selepas terperangkap 50 jam


Lahore - Seorang remaja lelaki ditemui selamat selepas terperangkap lebih 50 jam di bawah sisa runtuhan kilang pembuat plastik Rajput yang runtuh di Lahore, Pakistan.

Pegawai tempatan Muhammad Usman berkata, mangsa terperangkap sejak lebih dua hari lalu dan disangka telah meninggal dunia oleh keluarganya selepas penemuan seorang mayat yang disangka milik remaja terbabit.

"Muhammad Shahid, 18, berjaya ditarik keluar hidup-hidup oleh pasukan penyelamat," katanya.

Difahamkan, keluarganya yang tersilap mengenal pasti mayat remaja lain sebagai milik mangsa bertindak 'mengebumikannya' di kampung halaman mereka di Kabirwala, terletak kira-kira 265 kilometer dari Lahore.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 37 mayat telah ditemui selepas kilang setinggi empat tingkat itu runtuh secara tiba-tiba pada Rabu lalu.

0 comments:

share2