Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 8, 2015

PERKASA: JANGANLAH JOLOK SARANG TEBUAN


Abu Bakar Yahya


Shah Alam - ‎Perkasa Selangor dalam satu kenyatan menegaskan, pihaknya tidak boleh bertolak ansur jika agama, bangsa dan Perlembagaan negara dijadikan bahan gurauan oleh mana-mana pihak.

Yang DiPertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, disebabkan itu kenyataan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim yang bergurau mahu menukar nama Bagan Nakhoda Omar kepada nama cina tidak boleh diterima sama sekali.

"Jangan cuba-cuba nak menjolok sarang tebuan walaupun dalam keadaan gurauan, perbuatan itu amat merbahaya kerana tidak semua tebuan berada di dalam sarang.

"Dikhuatiri dalam keadaan gurauan ianya akan menjadi kenyataan dan akan menggugat serta membahayakan keamanan yang sekian lama terjalin jika tindakan tidak diambil oleh pihak berkuasa," katanya menerusi satu kenyataan medianya, semalam.

Baru-baru ini , Suee Lim menyarankan nama Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam ditukarkan kepada Bagan Nakhoda Chong kerana kawasan itu katanya majoriti didiami oleh penduduk berbangsa Tionghua.

Bagaimanapun katanya, kenyataan itu hanyalah sekadar gurauan semata- mata.

Setiausaha Publisiti DAP Selangor itu menjelaskan, maksud sebenar perbahasan berhubung status tanah rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar yang dihuni 100 peratus penduduk Cina itu hanya membabitkan kampung nelayan itu sahaja tidak termasuk Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar yang didiami orang Melayu.

"Cina tinggal di Bagan Nakhoda Omar sudah 50 tahun tapi tak dapat hak milik tanah malah pejabat tanah belum beri kata putus untuk mereka ini mendapat geran. Semalam saya guna perbahasan dalam Dun untuk tarik perhatian kerajaan negeri mengenai perkara ini.

"Tidak timbul soal anti Melayu atau rasis lagipun saya dengan Noh Omar memang selalu bergaduh. Saya bergurau sebab nama Bagan Nakhoda Omar macam nama dia suruh tukar la jadi Bagan Nakhoda Chong... dengan nada gurauan bahkan menteri besar juga tahu saya hanya melawak, biasalah politik suka hati mereka lah nak gelar saya rasis, itu bukan niat sebenar saya," Suee Lim dipetik sebagai berkata.


0 comments:

share2