Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 13, 2015

[PEKAN] JAIP TEKAN ISU STATUS, SIJIL HALAL


Jaip tekan isu status, sijil halal


Penekanan serta pendedahan terhadap kepentingan dalam memastikan sumber makanan halal di kalangan umat Islam terutamanya pengusaha perniagaan berasaskan makanan dan minuman giat dilakukan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Pengarahnya, Datuk Mohammad Noor Abdul Rani berkata, menyedari kepentingan yang diabaikan segelintir pihak, kewujudan bahagian persijilan halal oleh Jaip memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan sekaligus menyediakan jaminan kukuh terhadap sajian yang ingin dinikmati.

Menurutnya, pelbagai isu mengenai keraguan taraf halal haram makanan dan minuman yang kerap timbul pada masa kini malah ada di antaranya telah menjadi makanan ruji atau kegemaran sejak sekian lama.

"Sebagai umat Islam, sama ada peniaga atau pelanggan kita wajib memastikan makanan yang dimakan berstatus halal dan tidak menimbulkan keraguan selain meneliti sumber dan kandungannya secara sahih.

"Isu daging haiwan seperti ayam, lembu dan sebagainya turut menimbulkan keresahan kepada pengguna Islam di mana ada di antaranya dijual tanpa mengikut cara sembelihan yang betul oleh peniaga tidak bertanggungjawab dan juga peniaga bukan Islam" katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Hari Bertemu Pelanggan Jaip di pekarangan Ibu Pejabat Jaip di sini, semalam.


0 comments:

share2