Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 16, 2015

MESYUARAT PASCA BENCANA KHAMIS INI


Shahidan Kassim


Satu mesyuarat berkenaan pasca bencana akan diadakan di ibu negara Khamis ini dengan melibatkan semua pegawai daerah, ahli parlimen dan badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara yang akan dibincangkan termasuk persiapan menghadapi banjir dan kejadian banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak baru-baru ini.

"Ia (mesyuarat) juga akan melibatkan semua anggota parlimen termasuk dari pihak pembangkang kerana bencana yang berlaku tidak mengenal pihak serta kawasan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di kawasan banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Karak di sini semalam. 

Katanya serentak dengan mesyuarat itu, satu pameran dipanggil 'Pameran Kemaman' akan diadakan di Parlimen untuk berkongsi maklumat tentang langkah-langkah diambil oleh daerah-daerah yang sering dilanda banjir dalam menghadapi bencana itu.

Sementara itu, beliau berkata hasil lawatannya ke tempat kejadian mendapati, kejadian banjir lumpur itu di kawasan lebuh raya dan kuaters Pejabat Hutan Lentang berpunca dari dua sumber air berlainan.

"Dua sumber air bertakung yang berlainan itu telah melimpah secara serentak dengan deras, membawa sekali lumpur dan serpihan-serpihan lain. 

"Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Hutan untuk mencari punca sebenar," katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata bilangan anggota Smart akan ditambah kepada 500 orang berbanding 141 anggota pada masa ini.


0 comments:

share2