Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 10, 2015

MEKANIK TIDAK MENGAKU BERSALAH TETAK GUNA PARANG


Mekanik tidak mengaku tetak guna parang


Kota Bharu – Seorang mekanik mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam, atas tuduhan tetak seorang kenalan, Oktober lalu.

Tan Poh Hua, 40, didakwa bersama dua yang masih bebas mendatangkan kecederaan parah terhadap Sin Cin Ann, 52, di sebuah kedai makan di Taman Krai Baru, Kuala Krai, pada jam 1.50 pagi, 31 Oktober.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 akta sama.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan kerana tuduhan serius yang dihadapi.

Peguam, Wan Ikram Wan Ibrahim, bagaimanapun merayu bagi pihak tertuduh supaya dibenarkan jamin dengan alasan ini tuduhan kali pertama dan tertuduh hanya bekerja sebagai mekanik lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

“Tertuduh juga masih bujang dan tidak mengenali mangsa. Mahkamah juga boleh menarik balik jaminan jika tertuduh mengganggu mangsa atau tidak hadir perbicaraan,” katanya.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Disember depan dan tertuduh dibebaskan selepas menjelaskan wang jaminan. Dalam kejadian itu, mangsa cedera retak tulang kaki.

0 comments:

share2