GEORGETOWN - Mana satu yang betul? Angka yang diberikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai peruntukan kerajaan Pulau Pinang (dana awam) untuk pembinaan perumahan berbeza dan mengelirukan.
Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) berkata, ketika berada di London, Guan Eng menyebut peruntukan yang disediakan ialah RM1 bilion tetapi dalam sidang Dun hanya RM500 juta.
Beliau berkata, adalah tidak wajar memutarbelitkan angka dan fakta semata-mata untuk meraih sokongan atau mendapat pujian pihak tertentu demi kepentingan politik.
"Tolong jelaskan yang mana betul. Janganlah bila berada di hadapan orang ternama di kota besar atau luar negara, umum RM1 bilion tetapi dalam bajet negeri dan sidang Dun sebut angka lain.
"Jangan cuba memperbodohkan rakyat kerana mereka sudah pandai dan boleh mendaptkan semua maklumat dari internet," katanya pada sidang media selepas Sidang Dun Pulau Pinang, hari ini.
Jahara turut menimbulkan perbezaan keluasan tebus guna tanah laut untuk projek Sri Tanjong Pinang yang disebut Guan Eng dan kenyataan pemaju E&O Berhad kepada Bursa Malaysia.
Menurutnya, Guan Eng menyebut keluasan yang ditambak ialah 1,140.6 ekar iaitu projek Tanjong Tokong Fasa I (STP I) seluas 249.6 ekar dan 891 ekar untuk STP II.
"Setahu saya, jumlah yang diluluskan oleh kerajaan negeri pada 1992 (BN) hanya 980 ekar iaitu STP I 240 ekar dan STP II 740 ekar.
"E&O memaklumkan kepada Bursa Malaysia sudah mendapat kelulusan perancangan induk pembangunan dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang untuk memulakan tambakan laut untuk 740 ekar dari 980 yang diluluskan pada 1992," katanya.
Menurutnya, Guan Eng perlu menjelaskan kedua-dua perkara itu dalam Dun agar tidak terus menimbulkan tanda tanya atau kekeliruan mana-mana pihak.
0 comments:
Post a Comment