Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 27, 2015

[LIPIS] SYUKUR DAPAT SINAR BAHARU


Syukur dapat sinar baharu


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyumbangkan peralatan untuk perniagaan dan perkhidmatan bernilai RM120,000 kepada 39 peserta di bawah Program 1Azam (Azam Niaga dan Khidmat) di daerah ini, tahun ini bagi mengubah pendapatan keluarga masing-masing.

Sumbangan peralatan seperti mesin jahit, mesin pemotong rumput, pengisar tepung, pengadun kuih-muih, ketuhar, dapur dan beberapa kemudahan tertentu untuk golongan yang kurang berkemampuan mengusahakan perniagaan dan perkhidmatan.

Seorang peserta 1Azam, Sabariah Osman, 45, berkata dia bersyukur dan berterima kasih kepada KPWKM kerana menyumbangkan sebuah mesin jahit untuk memulakan usahawan di bidang jahitan pakaian.

“Saya dah ada kemahiran menjahit, tapi belum ada peralatan (mesin). Bantuan mesin ni cukup bermakna dan beri sinar baharu kehidupan saya dan akan merintis bidang ni untuk menambah pendapatan keluarga.

“Saya juga harap melalui Program 1Azam ini dapat mengubah pendapatan keluarga khususnya dapat tolong suami yang cuma kerja buruh binaan,” katanya.

Penyerahan peralatan kepada peserta Program 1Azam itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad, di dewan Umno Bahagian Lipis, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, bantuan itu antara usaha yang dizahirkan KPWKM untuk bantu kebajikan mereka yang kurang berkemampuan mengubah pendapatan menerusi peluang perniagaan dan perkhidmatan tertentu.

“Sumbangan ini antara mekanisme kerajaan untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan menceburkan diri dalam perniagaan makanan dan perkhidmatan seperti memotong rumput, gunting rambut, jahitan yang mampu memperoleh pendapatan yang lumayan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, program yang dimulakan sejak 2010 antara agenda pembangunan kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk membantu rakyat di luar bandar hidup lebih sejahtera selepas bebas daripada kepompong kemiskinan.


0 comments:

share2