Foto bertarikh 22 Mac 2011, anggota polis membawa mangsa yang ditemui selamat dalam tsunami dan gempa bumi di Okawa Elementary School, Ishinomaki, Miyagi, Jepun.
Tokyo - Gempa bumi berukuran 7.0 skala ritcher melanda pantai barat daya, awal pagi tadi waktu tempatan hingga mencetuskan tsunami kecil, lapor BBC.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, tsunami dengan saiz 30 sentimeter (1 kaki) telah didaftarkan berlaku di Pulau Nakanoshima.
Namun tiada laporan kerosakan atau kecederaan setakat ini.
Amaran tsunami kemudiannya dikeluarkan untuk Pulau Kagoshima dan Pulau Satsunan.
Pada Mac 2011, gempa bumi bermagnitud 9.0 berlaku hingga menyebabkan gempa susulan mengakibatkan 19,000 mangsa terbunuh, termasuk tumpahan radiasi di loji jana kuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi.
0 comments:
Post a Comment