Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 12, 2015

[BENTONG] LALUAN KE KUANTAN JADI KONTRA


Laluan ke Kuantan jadi kontra


Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula kepada semua kenderaan selepas berlakunya banjir lumpur pada petang semalam, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun, daripada empat laluan, hanya dua lorong sahaja dibuka sejak pukul 3.30 pagi tadi.

Laluan dua lorong menghala ke pantai timur kini dijadikan laluan kontra berikutan laluan ke Kuala Lumpur masih ditutup kerana dipenuhi lumpur.

Kerja-kerja mengalihkan lumpur diteruskan pagi ini.

0 comments:

share2