Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 13, 2015

10 DITAHAN, BANTU SIASATAN KES BUNUH BEKAS ADUN


PDRM


Kuala Terengganu - Sebanyak 10 individu diberkas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Adun Alor Limbat, Allahyarham Alias Abdullah dan kes tembak melibatkan seorang lelaki di Jalan Hiliran, Ogos lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata kesemua lelaki yang berusia antara 21 dan 44 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.

Katanya, menerusi perancangan rapi, satu operasi khas dijalankan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi mengesan kesemua suspek terbabit termasuk individu yang disyaki dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didedahkan minggu lepas.

"Hasil maklumat orang ramai dan gambar suspek yang didedahkan sebelum ini, kita berjaya mengesan suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan bekas Adun tersebut.

"Selain itu, kita juga berjaya memberkas beberapa individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes tembak di Jalan Hiliran pada 27 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya perintah tahanan reman ke atas kesemua suspek diperoleh pada 7 November lalu da dilanjutkan sehingga 18 dan 19 November ini.

Rosli berkata pihaknya percaya dengan tangkapan dan siasatan menyeluruh yang dijalankan kedua-dua kes pembunuhan itu, ia dapat diselesaikan.

Pada 9 Oktober lalu Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Sementara, dalam kes tembak 27 Ogos lalu, seorang lelaki berusia 28, tahun nyaris maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan penjenayah dipercayai cuba melarikan kenderaan pacuan empat roda miliknya dalam kejadian dekat Jalan Hiliran Pulau Kambing.


0 comments:

share2