Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 1, 2015

WANITA OKU DIROGOL WARGA EMAS


Rogol


Jempol - Seorang warga emas ditahan kelmarin selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, tindakan keji warga emas itu terbongkar apabila mangsa yang berusia 31 tahun itu disahkan mengandung dua bulan.

"Ibu saudara wanita OKU itu menyedari mangsa mengalami perubahan sikap ketika dia datang bercuti ke rumahnya di Johor. Oleh itu, ibu saudaranya membawa mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Mati, dekat Ledang.

"Hasil pemeriksaan doktor mendapati anak saudaranya telah mengandung dua bulan," katanya.

Musykil dengan perkara itu, ibu saudaranya menggesa mangsa memberitahu perkara sebenar.

"Mangsa kemudiannya mengaku dia dirogol oleh seorang lelaki dikenali dekat kebun kelapa sawit Felda Palong 2, Jempol,” katanya.

Hamzah berkata, ibu saudara mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Mati, Isnin lalu kira-kira jam 12.45 tengahari.

"Petang kelmarin kita telah menahan suspek yang berusia 61 tahun di Felda Palong 9 sekitar jam 1.45 petang. Suspek merupakan rakan kepada bapa mangsa dan tinggal di kawasan Felda yang sama.

"Suspek direman bermula kelmarin sehingga 5 Oktober ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hamzah berkata, berdasarkan siasatan lanjut juga, ibu saudara mangsa pernah membuat laporan polis pada 2012 selepas mengesyaki mangsa dirogol oleh suspek sama.

"Walau bagaimana pun, ketika itu tiada keterangan kukuh suspek dibebaskan dengan amaran keras," katanya.

0 comments:

share2