Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 22, 2015

USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP PM: GAMBARAN BETAPA CELARUNYA PEMBANGKANG






Kuala Lumpur – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, pembangkang boleh berbuat apa saja termasuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun beliau yakin bahawa ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan tetap memegang pada prinsip iaitu menyokong kepimpinan yang sedia ada pada hari ini.

Menurut beliau, tindakan pembangkang yang mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di hari pembukaan persidangan parlimen memperlihatkan pihak pembangkang lebih mementingkan kepentingan politik mereka berbanding kepentingan rakyat.

“Bagi saya, di awal-awal persidangan parlimen kita sebagai ahli parlimen perlulah membawa atau membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada rakyat. Saya lihat, tindakan pembangkang pada hari pertama persidangan parlimen dengan membawa usul undi tidak percaya kepada PM itu sepatutnya tidak berlaku.

“Apa yang perlu diperbincangkan dan diusulkan terlebih dulu tentulah perkara-perkara yang mendatangkan atau membawa kebaikan untuk rakyat. Namun tindakan pembangkang itu nampaknya lebih kepada kepentingan politik mereka semata-mata,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau berpandangan bahawa perancangan yang tidak tersusun pembangkang ketika mengemukakan usul undi tidak percaya itu memperlihatkan perpecahan yang berlaku di kalangan ahli
parlimen pembangkang itu sendiri.

“Usul yang dibawa oleh ahli parlimen PKR, itu dibidas oleh Ahli Parlimen Batu Kawan, Lim Guan Eng yang menganggap PKR tidak serius dan menjadikan usul tidak percaya itu seperti bermain guli, di mana sepatutnya Ketua Pembangkanglah yang membawa usul tersebut, bukan ahli parlimen biasa.

“Ini jelas memperlihatkan senario kepimpinan pembangkang yang tidak pernah sepakat dalam memutuskan sebarang perkara dan tindakan. Bagi saya, ini merupakan satu indikasi yang memperlihatkan bahawa sekiranya dalam hal-hal seperti ini mereka tidak mampu untuk bermuafakat, bagaimana rakyat mahu mengharapkan pembangkang sepakat dalam mentadbir negara?,” tegasnya.

Ahli parlimen PKR Hee Loy Sian membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hari pertama persidangan parlimen semalam.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng membidas tindakan tersebut dan meminta ahli parlimen PKR itu menarik balik usul kerana menurut Guan Eng usul itu harus dibentangkan oleh ketua pembangkang dan berkata bahawa usul itu tidak harus dikemuka oleh anggota parlimen biasa kerana ia perkara penting dan “bukan main guli”.

Susulan daripada bantahan DAP itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail semalam bersetuju untuk memfailkan sendiri usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

0 comments:

share2