Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 10, 2015

'SEGERA BAWA PELAKU KE MUKA PENGADILAN'


'Segera bawa pelaku ke muka pengadilan'


Marang - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ditemui di Klinik Kesihatan Bukit Payong di sini, amat terkejut dengan kejadian yang menimpa bekas Adun Alur Limbat, Alias Abdullah, 51, semalam.

Bekas wakil rakyat BN itu, dikatakan ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali ketika berada di bahagian dapur rumah mereka di Kampung Alur Limbat di Bukit Payong selepas solat Jumaat.

Pemimpin nombor satu negeri itu menyifatkan tindakan pembunuh terbabit adalah amat kejam dan meminta pihak polis dapat menyiasat kes berkenaan sehingga ke akar umbi.

Beliau juga berharap pihak berkuasa itu dapat mengenal pasti serta membawa orang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan agar perkara sedemikian tidak lagi berlaku di masa-masa akan datang khususnya di negeri berkenaan.

“Kita negara Malaysia ini adalah sebuah negara yang selamat. Apa yang berlaku ini adalah amat mengejutkan. Perkara ini, apa yang berlaku ini amat mengejutkan dan kita amat terkilan. Insya ALLAH, pihak kerajaan negeri akan memberi kerjasama.

“Kita akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan untuk memastikan orang yang bertanggungjawab itu dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dan dipilih sebagai Adun Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008 itu kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum beliau disahkan meninggal dunia.

0 comments:

share2