Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, October 1, 2015

[ROMPIN] ROYAL PAHANG BILLFISH CHALLANGE TARIKAN PEMANCING LUAR NEGARA

Yb. Dato' Sri Maznah Mazlan Di Majlis Perasmian


Royal Pahang Billfish International Challange adalah pertandingan memancing 'ikan layaran' luar pesisir diperairan Kuala Rompin, Pahang 125 KM di selatan Kuantan.

Kerajaan Negeri Pahang yang telah mengenalpasti penghijrahan ikan-ikan ini serta dengan adanya minat kalangan tertentu untuk memancing ikan berkenaan maka agensi-agensi Pelancongan Pahang telah mengambil tindakan menganjurkan pertandingan memancing peringkat antarabangsa ini.

Acara tahunan ini anjuran bersama oleh Lembaga Pembangunan Tioman dan Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama Tourism Malaysia Pahang, Tourism Pahang serta Persatuan Angling Malaysia.

Pertandingan ini hanya untuk tangkapan ikan layar dan marlins dan peserta dipandu oleh peraturan berdasarkan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Yayasan Billfish dan Persatuan Ikan Permainan. 

Konsep pertandingan tangkap dan lepas ini mewajibkan ikan tangkapan dilepaskan kembali ke laut seberapa segera selepas mengambil gambar bagi mengelakkan keletihan dan kecederaan kepada ikan tersebut.

Ia bertujuan mempamerkan kawasan itu sebagai "Billfish Capital Of Asia '' di mana ikan layar dan marlins menghabiskan banyak masa mereka di laut Kuala Rompin semasa musim penghijrahan aktif mereka dalam bulan Mac hingga September setiap tahun.

Ikan layaran tergolong dalam kategori ikan berparuh adalah species ikan yang berhijrah ke perairan laut kita pada waktu-waktu tertentu disebabkan perubahan cuaca dan suhu diperairan dimana mereka hidup dan membesar.

Pada tahun ini, sebanyak 34 penyertaan pasukan antarabangsa menyertai pertandingan yang melibatkan seramai 102 peserta. 8 pasukan dari Filipina, 5 pasukan masing-masing dari Malaysia, China dan Singapura, 1 masing-masing dari Australia dan Japan serta 9 pasukan terdiri dari ahli campuran.

Royal Pahang Billfish International Challange 2015 dan kali ke-11 ini telah diadakan dari 11-13 September lalu dan pasukan 'XZOGA' menang dengan 24 ekor tangkapan menewaskan 'Gawas' dengan 23 tangkapan sementara 'Penn Conflit' dengan 18 tangkapan. Jumlah tangkapan keseluruhan adalah 310 ekor.

Pertandingan pada tahun hadapan dijangka akan diadakan pada 23 - 24 September 2016. Demikian diumumkan oleh YB Ahli Parlimen Rompin, Yb Dato' Hassan Arrifin dalam ucapannya di majlis penutup dan penyampaian hadiah.


Semua foto adalah hak milik dan disiarkan dengan ikhsan Tourism Malaysia:


Petugas pendaftaran peserta



Peserta mendengar taklimat syarat pertandingan

Menerima sumbangan penajaan

Bersama Datuk Mirza Pengerusi Tourism Malaysia

Membunyikan semboyan pelepasan

Sebahagian media



Bot menuju lautan luas

Peserta sedang beraksi

Peserta dengan tangkapan masing-masing



 






Yb Dato' Hassan Ariffin Ucapan Perasmian Penutup

 Sebahagian pemenang dan penerima hadiah



Persembahan kebudayaan









0 comments:

share2