Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 23, 2015

[MARAN] JURUKAMERA TV3 MAUT MOTOSIKAL TERBABAS DI LPT




Seorang jurukamera TV3, Nor Azman Jumahat maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan, dekat Chenor, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superitendan Mat Rizal Mat Razdi, berkata kejadian berlaku jam 9 malam dan Nor Azman, 41, dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. 

"Nahas berlaku selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya. 

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. 

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga bagi tujuan pengebumian. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

0 comments:

share2