Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 9, 2015

MAJLIS KAHWIN DIBOM, 30 MAUT



Sanaa - Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila satu majlis perkahwinan di sebuah bandar yang dikuasai pemberontak Yaman dibedil dalam serangan udara, menurut sumber perubatan semalam.

Menurut laporan AFP, serangan terbabit berlaku di Sanban, wilayah Dhamar, kira-kira 100 kilometer (km) di selatan Sanaa.

Anggota perubatan bagaimanapun tidak menyebut pihak yang melakukan serangan itu, namun ia dipercayai dilakukan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.

Pakatan Arab mula melancarkan serangan terhadap kedudukan pemberontak Houthi di Yaman sejak Mac lalu.

PBB berkata, kira-kira 5,000 maut, kebanyakannya orang awam sejak konflik di negara itu bermula tujuh bulan lalu.

0 comments:

share2