Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 13, 2015

[KUANTAN] PERLUMBAAN 'EIMARace' PADA 17HB HINGGA 19HB OKTOBER


Bergambar selepas Sidang Akhbar


Video klip Sidang Akhbar EIMARace oleh Haji Edros yahya


12.10.2015. - Perlumbaan 'EIMARace' yang merupakan program rekacipta cart yang berasaskan enjin motosikal yang terbuka kepada semua penuntut IPTA, IPTS, Institut Kemahiran, Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruhkan Malaysia dan akan diadakan di Pahang mulai tahun ini selama 3 tahun berturut-turut.

Pengarah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang, Haji Idros Yahya berkata EIMARace adalah sebahagian daripada Edu Tourism dalam persediaan Tahun Melawat Pahang 2017.

Disamping mempromosi tempat perlumbaan di litar terbuka Taman Bandar di Kuantan, program EIMARace yang disertai lebih 40 pasukan dari seluruh negara, akan turut mempromosi kawasan berhampiran seperti bandar sejarah Sungai Lembing.

EIMARace race kali ke 7 yang akan diadakan di Indera Mahkota, Kuantan kali ini turut membawa kelainan dengan mengadakan sesi penilaian pembentangan dan dilakukan di International College Automotive of Malaysia (ICAM). 

Sementara 2 kategori perlumbaan 130cc dan 250cc dikekalkan. 34 pasukan bertanding dalam kategori 130cc manakala 9 pasukan untuk kategori 250cc.

Haji Idros berkata hadiah keseluruhan berjumlah RM30 ribu disediakan kepada pemenang pertandingan tahun ini.














0 comments:

share2