Beijing - Sepasang suami isteri di China yang mempunyai tujuh orang anak terpaksa membayar denda 700,000 yuan (RM455,846) kerana melanggar polisi satu anak yang dikuatkuasakan di negara itu.
Pasangan yang tinggal di daerah Tongzhou, Beijing mempunyai anak pertama mereka pada tahun 1984.
Pada tahun 2004, pasangan itu terpaksa hidup dalam kemiskinan bersama tiga anak lelaki dan empat anak perempuan.
Pasangan itu hanya mampu untuk mendapatkan sijil perakuan isi rumah China iaitu hukou untuk tiga orang anak sahaja kerana mereka tidak mampu untuk membayar yuran peyelanggaraan sosial yang dikenakan kepada mereka kerana melanggar polisi satu anak.
Untuk mendapatkan hukuo untuk empat anak yang lain, pasangan tersebut perlu membayar hampir 700,000 yuan.
Memetik laporan Beijing News, berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya penduduk dan keluarga perancang tempatan, jumlah itu adalah berdasarkan kepada pendapatan tahunan penduduk luar bandar pada tahun 2012 ditambah dengan surcaj tertunggak.
Hukou adalah rekod rasmi yang mengesahkan kewarganegaraan dan pemengangnya boleh menerima perkhdimatan sosial yang disediakan kerajaan seperti pendidikan percuma dan penjagaan kesihatan.
Sementara itu, anak ketiga pasangan itu, Zhang Zelong berkata, empat adik beradiknya terpaksa berhenti sekolah selepas sembilan tahun menerima pendidikan wajib kerana mereka hanya memperoleh hukou selepas itu manakala dua adiknya lagi mungkin akan berdepan dengan perkara yang sama di masa hadapan.
"Tanpa pendidikan yang baik, saya hanya boleh bekerja di kilang-kilang kecil," kata Zhang.
Malah menurut Zhang lagi, adiknya juga sukar untuk menerima rawatan di hospital manakala adik perempuannya juga terpaksa bercerai ekoran terpaksa berdepan masalah kerana tidak mempunyai hukou dan kini sedang mengalami masalah kemurungan.
Dalam pada itu, pegawai tempatan berkata, keluarga itu telah diingatakan berulang kali mengenai denda yang akan dikenakan namun tidak diendahkan.
0 comments:
Post a Comment