Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 16, 2015

KANAK-KANAK 2 TAHUN TERTUSUK GUNTING DI KEPALA


Kanak-kanak 2 tahun tertusuk gunting di kepala


Jiansu - Doktor berjaya mengeluarkan gunting yang tertusuk di kepala seorang kanak-kanak selepas dia secara tidak sengaja tertikam kepalanya sendiri semasa bermain.

Honghong, 2 tahun dari bandar Suquin, wilayah Jiangsu ditinggalkan bermain berseorangan semasa kedua ibu bapanya menyediakan makanan tengahari.

Ketika kanak-kanak tersebut bermain gunting berukuran 15 sentimeter panjang, dia tersadung dan terjatuh sehingga menyebabkan guting tersebut tertusuk ke bahagian kanan kepalanya.

Perkara tersebut disedari oleh ibu bapanya selepas terdengar tangisan Honghong dan dikejarkan ke hospital tempatan.

Hasil imbasan mendapati bilah gunting tersebut tertanam hampir 4 setimeter.

Honghong kemudian dirujuk ke Hospital Kanak-kanak Nanjing untuk rawatan lanjut.

Doktor yang merawat Honghong, Qian Jing berkata, bilah gunting tersebut telah menembusi tengkorak dia dan menyebabkan sedikit pendarahan intrakranial.

Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana gunting tersebut tidak terkena pada arteri utama dan hanya menyebabkan kecederaan kecil pada otaknya.

Gunting tersebut berjaya dikeluarkan dari kepala kanak-kanak itu dan kini sedang dalam prosen pemulihan.

0 comments:

share2