Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 18, 2015

BIMBANG KESAN RADIASI


Bimbang kesan radiasi



Gopeng - Kewujudan menara telekomunikasi di Jalan Tasek, di sini sejak dua minggu lalu membimbangkan penduduk sekitar, malah mereka turut mendakwa menara tersebut dibina secara haram.

Adun Teja, Chang Lih Kang berkata, menara baharu dibina itu didapati tidak mendapat kelulusan Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan melanggar Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Menurutnya, tiada seorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Malah kedudukan menara juga bercanggah dengan piawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Sepatutnya jarak minimum menara dari bangunan terdekat di kawasan kediaman ialah 20 hingga 30 meter dan kawasan komersial ialah 10 atau 15 meter tertakluk kepada ketinggian menara,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau berkata, pihaknya bersama penduduk mengemukakan surat aduan kepada MDKpr mengenai isu tersebut dan melancarkan petisyen bantahan dengan mengumpulkan tandatangan orang ramai agar pihak terlibat merobohkan menara itu.

Jelasnya, sebanyak 120 tandatangan penduduk dan 15 laporan polis dibuat dalam tempoh 10 hari sejak petisyen dilancarkan 6 Oktober lalu malah akan dilanjutkan seminggu lagi sebelum diserahkan pada Yang Dipertua MDKpr.

“Kita sangat berharap pihak berkenaan memandang serius isu ini demi keselamatan penduduk di kawasan tersebut,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Chang Yew Phang, 20, berkata, kewujudan menara itu merisaukan mereka terutama yang tinggal di kawasan berhampiran.

Katanya, walaupun menara itu berada di kawasan rumah kedai tetapi ramai pemilik premis tinggal di situ malah dia tinggal kurang 10 meter dari menara berkenaan.

0 comments:

share2