Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 13, 2015

[BERA] PAHANG TAWAR RUMAH SERENDAH RM 80,000




Pahang kini menjadi Negeri yang paling awal di negara ini memperkenalkan Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan harga jualan serendah RM80,000 seunit yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Yaakob berkata, penambahbaikan skim PR1MA Pahang itu memboleh-kan lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah dengan harga yang lebih rendah berbanding RM150,000 yang ditawarkan dalam skim PR1MA pada masa ini.

“Dalam mesyuarat dua bulan lepas kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk memfokuskan kepada usaha membina rumah yang setiap unit berharga RM80,000.

“Jadi selepas ini kerajaan negeri akan memberhentikan pembinaan rumah PR1MA berharga RM150,000 yang telah diluluskan sebanyak 30,000 buah sejak 2013 sehingga kini,” katanya dalam sidang akhbar dalam Majlis Penyerahan Kunci Projek PR1MA Pahang di Perumahan Makmur Sentral Jaya, di sini hari ini.





Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd. Fadil Osman.

Pada majlis itu seramai 213 pembeli menerima kunci projek perumahan yang melibatkan pembinaan 304 unit rumah di kawasan seluas 123 hektar.

Menurut Adnan, pada masa ini kerajaan negeri masih dalam peringkat penilaian teknikal dan perundingan terhadap cadangan yang dikemukakan pemaju-pemaju PR1MA mengenai penambahbaikan skim itu.

Beliau memberitahu, berdasarkan laporan awal, kos pembinaan setiap rumah dalam skim baharu itu dianggarkan bernilai RM60,000 bagi setiap unit.




Jelasnya, sebagai timbal balas kepada pemaju yang melaksanakan projek baharu itu kerajaan negeri akan turut meluluskan sejumlah kawasan tanah untuk mereka me-laksanakan projek komersial.

Dalam pada itu, beliau berkata, rumah yang akan ditawarkan kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah itu akan tetap mengutamakan keselesaan pemilik.




0 comments:

share2