Shah Alam - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditahan polis di rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi.
Menurut status Facebook isterinya, Datin Paduka Umie Aida Rahmad, "...suami saya telah ditahan atas Akta 124C".
"Saya doakan ALLAH sentiasa melindungi mu, amin," katanya.
Terdahulu, dalam akaun facebook miliknya, Khairuddin berkata Jabatan Imigresen menghalangnya dan peguamnya Matthias Chang daripada meninggalkan negara.
Menurut Khairuddin, dia sepatutnya meninggalkan negara ini jam 10.30 pagi tadi untuk ke New York dan London namun dihalang daripada berbuat demikian.
“Kami disenaraihitamkan oleh Imigresen atas arahan polis,” kata Khairuddin melalui laman facebook miliknya.
Menurutnya, beliau telah ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan.
“Malangnya pihak pegawai Imigresen Malaysia hanya memaklumkan bahawa ini adalah atas arahan dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman,” katanya.
0 comments:
Post a Comment