Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 28, 2015

PETI BESI SIMPAN WANG DITEBUK


Peti besi simpan wang ditebuk


Segamat - Sebuah kilang alat ganti kenderaan di kawasan perindustrian berhampiran Lebuhraya Segamat - Kuantan, di sini, kerugian kira-kira RM9,000 apabila pejabat operasi mereka dipecah masuk, kelmarin.

Penyelia kilang tersebut, Lee Fock Seng, 59, berkata, dia hanya menyedari kejadian tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi selepas mendapati tingkap kaca di bahagian belakang kilang tersebut dipecahkan.

“Saya kemudian terus melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati peti besi deposit penyimpanan wang tunai milik kilang kami telah berlubang dan wang tunai kira-kira RM4,000 di dalamnya juga tiada.

“CCTV berjaya merakam imej seorang individu dalam keadaan mencurigakan dan saya percaya ini kerja berkumpulan kerana peti besi tersebut seolah-olah ditebuk menggunakan mesin pateri,” katanya.

Menurutnya, kumpulan berkenaan turut mematikan sumber elektrik kilang tersebut bagi mengelakkan mereka daripada dirakam CCTV dan dipercayai masuk ke dalam kawasan kilang dengan menggunting pagar kilang.

Fock Seng berkata, pemeriksaan lanjut mendapati beberapa komponen alat ganti kenderaan bernilai kira-kira RM5,000 turut dilarikan dan laporan polis telah dibuat sejurus selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya sedang giat mengesan suspek serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membanti siasatan.

0 comments:

share2