Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 25, 2015

KEPALA TERTUSUK ANAK PANAH KETIKA LATIHAN MEMANAH




New Delhi – Seorang budak lelaki nyata panjang umur apabila terselamat walaupun kepalanya ditusuk anak panah dalam kemalangan ketika menghadiri latihan di kelab memanah.

Ritvik Ankush Tarte, 11 tahun; tersilap melangkah ke zon larangan ketika latihan memanah mingguannya sekali gus menyebabkan kepalanya dipanah, lapor media tempatan di India.

Anak panah itu menembusi tengkorak Ritvik di sebelah kanan kepalanya manakala hujungnya terkeluar di kirinya.

Guru bertugas bergegas membawanya ke Hospital dan Pusat Kajian Manik di Ahmednagar sebelum pasukan doktor diketuai Dr. Jeevan Rajput melakukan pembedahan selama tiga jam untuk membuang anak panah itu.

“Kami dapat izin daripada gurunya untuk buat pembedahan kecemasan itu selepas imbasan CT pada otaknya menunjukkan lokasi anak panah yang membolehkan kami buat bukaan pada kedua-dua belah tengkoraknya itu.

“Dia amat bernasib baik, anak panah itu nyaris terkena pada bahagian penting otak,” kata Dr. Jeevan.

Katanya, Ritvik semakin sembuh dan berkemungkinan besar tiada masalah saraf, ingatan atau personaliti akibat kejadian tersebut.

Bapa Ritvik, Ankush Babban Tarte, 40 tahun; dan ibu, Shwini, 35 tahun; berkata, mereka segera ke hospital sebaik mengetahui kejadian.

“Ritvik amat meminati sukan ini. Kami tidak pernah menjangka kejadian seumpama ini berlaku. Harapnya tiada komplikasi lain,” kata Ankush.

Kejadian itu juga tidak mematahkan cintanya terhadap sukan itu, malah bercadang kembali ke kelab memanahnya bulan depan.

0 comments:

share2