Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, September 26, 2015

FITNAH NAJIB KONON DITANGKAP EJEN FBI NEW YORK KANTOI




Benarlah madah popular: ‘Fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh!’ Sejarah membuktikan banyak empayar Islam zaman lampau tumbang bukan kerana kekuatan musuh, tetapi fitnah pihak dalaman.

Ini belum lagi kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah ketika era kebangkitan Arab Spring yang didalangi Zionis pada 2010 lalu, disebabkan penyebaran bahan fitnah cukup berleluasa menerusi media sosial.

Terbaharu, ramai rakyat Malaysia ‘termakan’ hasutan dakyah jahat pembangkang termasuk negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangkap di Amerika Syarikat (AS).

Sejak minggu lalu, sudah tersebar khabar angin kononnya Najib ‘takut’ ke luar negara ekoran dakwaan palsu bahawa Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) di Paris, Perancis mengeluarkan waran tangkap notis merah.



Nyatalah akhbar berpengaruh AS, New York Times yang dikuasai Zionis berjaya ‘membohongi’ satu dunia dengan laporan fitnah itu padahal cerita sebenarnya amat jauh berbeza dan langsung tidak dilaporkan mereka sendiri.

Najib bukan sahaja merasmikan pejabat antarabangsa Permodalan Nasional Berhad (PNB) di London, Britain, bahkan turut melakukan lawatan rasmi seminggu ke New York mengisi jadual paling padat dalam sejarah beliau.

Perdana Menteri di sebalik kesibukan tugas masih berkesempatan menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Pusat Kebudayaan Islam New York di sini Khamis bersama-sama lebih 1,000 umat Islam tempatan dan warga asing.

Turut menunaikan solat sunat hari raya korban itu ialah Duta Besar Malaysia di Washington DC, Datuk Seri Awang Adek Hussin dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ramlan Ibrahim.



Beliau kemudian berpeluang membuat kejutan secara spontan apabila menyampaikan sendiri sumbangan kepada Pengarah Pusat Kebudayaan Islam New York, Abdul Razzaq E. Al Amiri tanpa sebarang hebahan publisiti.

Najib sempat bertemu wartawan Malaysia di pusat itu sebelum membuat sidang akhbar tanpa dirancang untuk memberi ulasan dan ucapan takziah berhubung tragedi rempuhan jemaah haji di Mina, Arab Saudi pada Khamis.

Ada membuat jenaka sinis bahawa ejen FBI ditugaskan ‘menjaga’ Najib dan wartawan Malaysia untuk liputan lawatan itu dilaporkan turut terpinga-pinga apabila membaca artikel fitnah portal propembangkang di Malaysia.

Hakikatnya, terbukti memang ada perancangan jahat pihak asing untuk menghancurkan kepimpinan negara tetapi malang, agenda jahat mereka ‘kantoi’ dan lebih malu, jentera perang saraf pro-Zionis di Malaysia.

0 comments:

share2