Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 21, 2015

[EDITOR] MENANGANI ISU BAUKSIT YANG BERPANJANGAN

YAB Menteri Besar dalam sidang akhbar pada Hari Malaysia 
Negeri Pahang di Raub.


Isu pencemaran akibat bauksit sudah berlarutan sekian lama. Ianya membabitkan rakyat khususnya mereka yang berada di sekitar Kuantan dimana laluan lori-lori pengangkut galian berkenaan melaluinya dalam perjalanan menuju ke pelabuhan.

Isu sebenar bukanlah soal perlombongan tetapi adalah mengenai soal pencemaran akibat pengangkutan bahan tersebut kepada alam sekitar. Sepanjang laluan berkenaan sudah tercemar teruk dengan debu-debu yang menganggu penduduk-penduduk serta pengguna jalan raya yang terbabit.

Kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh untuk menghentikan atau setidak-tidaknya meminimumkan pencemaran yang berlaku namun tanpa kerjasama semua pihak ianya sukar untuk diatasi.

Beberapa kali YAB Menteri Besar mengadakan rundingan dengan pihak-pihak tertentu serta beberapa tindakan telah diambil namun ianya masih belum benar-benar dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku.

Masalah berkaitan isu bauksit ini sememangnya rumit untuk diselesaikan. Sudah tentulah selaku pemimpin negeri beliau ingin mengambil langkah yang sebaiknya untuk semua pihak. Bukan sahaja pihak pengusaha perlombongan bahkan tuan punya tanah, pemilik dan pemandu lori juga perlu diberikan perhatian wajar.

Memberhentikan terus operasi perlombongan sememangnya mudah, namun ianya pasti tidak akan disenangi bukan sahaja oleh pengusaha bahkan juga oleh pemilik tanah serta pemilik dan pemandu lori yang berkenaan. Memberhentikan operasi bermakna menutup sumber rezeki mereka yang terbabit.

Selain itu kita difahamkan bahawa ada beribu-ribu buah lori yang terlibat dalam pengangkutan bauksit dan bukan sahaja dari sekitar Kuantan dan dalam negeri Pahang  bahkan dari negeri-negeri lain juga. Ini memberi makna bahawa perlombongan bauksit bukan sahaja menjada pendapatan kepada penduduk dinegeri Pahang sahaja bahkan penduduk dari negeri lain juga dapat menikmati hasil darinya.

Apabila ada jalan yang dilarang kepada lori pengangkut bauksit melaluinya, namun larangan itu tidak bermakna kerana ada pihak yang sanggup 'membayar' kepada penduduk kampong berkenaan agar tidak membantah atau melaporkan kepada pihak penguat-kuasa.

Terkini, Menteri Besar Pahang memaklumkan bahawa sejenis 'karung khas' akan digunakan bagi memuatkan bauksit sebelum dimuatkan kedalam lori. Karung khas tahan lasak ini mampu memastikan bahawa tidak ada debu dari bauksit akan mencemar sepanjang laluan ke pelabuhan dan sekaligus akan menyelesaikan masalah yang dialami oleh penduduk dikawasan berkenaan.

Pihak pengusaha akan diwajibkan mematuhi paerturan penggunaan karung berkenaan dan sekiranya gagal berbuat demikian tindakan akan diambil dan jika usaha ini masih gagal, maka tidak ada lain pilihan melainkan aktiviti perlombongan bauksit terpaksa dihentikan sepenuhnya.

Ikuti rakaman sidang akhbar MB mengenai isu bauksit yang dirakamkan ketika beliau menghadiri sambutan Hari Malaysia yang diadakan di raub pada 16 September lalu.


~ Editor.








0 comments:

share2