Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 22, 2015

ALEX KEBAS RM14,000




Kuala Lumpur : “Kami dihalau seorang wanita bergelar Datin selepas menjadi mangsa ‘kaki kelentong’ yang menyamar sebagai ejen sewa kediaman,” kata penuntut sebuah kolej yang diperdaya suspek membabitkan kerugian lebih RM14,000.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia bersama dua rakannya menyewa sebuah kondominium di ibu kota sejak bulan April lalu melalui ejen dikenali sebagai Alex.

“Kami yang menuntut di sebuah kolej swasta berkenalan dengan ejen itu melalui laman sosial.

“Alex mendakwa dia boleh membantu kami mendapatkan rumah sewa pada harga berpatutan dan selesa,” katanya.

Menurutnya, Alex menyarankan kami menyewa sebuah rumah berhampiran kolej dengan kadar bayaran RM4,700 sebulan.


0 comments:

share2