Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 5, 2015

TUN M LICIK, BUKAN BERSIH - NIK ABDUH

Tun Dr Mahathir Mohamad



SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menafikan dirinya tidak pernah menggunakan akaun peribadi beliau untuk tujuan politik.

"Itu licik, bukan bersih namanya," kata Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Dakwa Nik Mohamad Abduh, politik wang bermula dan berleluasa pada zaman Dr Mahathir.

"(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mewarisi budaya lama yang tidak boleh dibaiki lagi selain ganti Barisan Nasional," katanya di laman Facebook, semalam.

"Sebelum Barisan Nasional bungkus, bungkus dulu untuk peribadi masing-masing.." akhiri beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas.

Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan kesediaan akaun peribadinya untuk disiasat.

"Saya sedia semua akaun peribadi saya selama 22 tahun diperiksa oleh orang yang tidak ada kepentingan bagi mengesahkan pengakuan saya ini atau sebaliknya." katanya menerusi blog Chedet, kelmarin.




1 comments:

  • Anonymous says:
    August 6, 2015 at 9:10 AM

    Silap, sangka Anak lebih baik dari Ayahnya rupanya Bapo Borek Anok Rintik. Rajin Fitnoh oghang pulok.

share2