Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 7, 2015

MH370 TERCATAT DALAM SEJARAH PULAU REUNION


MH370 tercatat dalam sejarah Pulau Reunion


Shah Alam - Penemuan serpihan MH370 di Pulau Reunion, dekat Madagascar kini menjadi sebahagian daripada catatan sejarah pulau tersebut.

Ia dapat dilihat menerusi kemas kini terbaharu laman umum Wikipedia mengenai Pulau Reunion yang terletak 200km sebelah barat daya Mauritius.

Menurut laman itu, laporan penemuan serpihan pesawat yang hilang itu dicatat di bahagian sejarah pulau itu.

“Pada Julai tahun 2015, sebahagian daripada serpihan pesawat Boeing 777 itu terdampar di pantai pulau itu, yang kemudiannya disahkan menjadi sebahagian daripada kapal terbang yang hilang (MH370) pada Mac 2014,” demikian catatan posting terbaharu Wikipedia.

Serpihan pesawat tersebut yang ditemui sejak akhir Julai lalu dikaitkan dengan kehilangan pesawat MH370.

Serpihan tersebut yang ditemui oleh penduduk pulau itu akhirnya disahkan milik MH370 malam tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pulau Reunion adalah sebuah pulau Perancis yang terletak di Lautan Hindi yang hanya berkeluasan sebanyak 970 batu persegi.

Terletak di timur Madagascar, pulau ini mencatatkan jumlah penduduknya berjumlah 844,994 sehingga tahun 2014.

Memetik sejarah, pulau ini mula dikenali sejak awal abad ke-16 oleh penjelajah Portugis.

Pulau ini juga dikatakan popular di kalangan pedagang Arab, Melayu dan Swahili.

0 comments:

share2