Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 9, 2015

LAGI KAPAL TANGKI BAWA MINYAK HILANG


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


Shah Alam - Sebuah kapal tangki membawa minyak, MT Jaoquim, dipercayai hilang di perairan Selangor, awal pagi tadi.

Menurut laporan sebuah portal, kehilangan kapal tangki terbabit mungkin berkait dengan aktiviti rompakan. 

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) dijadual mengadakan sidang media pada jam 11 pagi ini bagi memberikan penjelasan berhubung kapal terbabit.

Sebelum ini, sebuah kapal tangki yang membawa muatan 6,000 tan petrol termasuk RON95, MT Orkim Harmony, dirampas oleh lanun di perairan Tanjung Sedili, Johor, Jun laluu ketika dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan dari Melaka.

Kapal dengan 22 anak kapal kemudiannya dibebaskan dan sekumpulan lanun yang didakwa bertanggungjawab ditangkap di perairan Vietnam.

0 comments:

share2