Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 17, 2015

[KUANTAN] PELANCARAN ANTOLOGI ' SEBUAH POLIGENRE' MALAM HADIAH SASTERA DARUL MAKMUR




Malam nanti bertempat di Dewan Perdana Hotel M.S Garden, Kuantan, Menteri Besar Pahang YAB Dato' SriDiraja Adnan Yaakob akan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Makmur 2015 yang dianjurkan oleh Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP).

Demikian dimaklumkan oleh Dato' Dr. Mohd Mansor Abdullah, Ketua 1, Dewan Persuratan Melayu Pahang.

Dalam majlis sama sebuah antologi puisi berjudul 'Sebuah Poligenre' yang dihasilkan oleh pemuisi-pemuisi Pahang setebal 310 mukasurat akan di lancarkan. Antologi berkenaan akan dijual dengan harga RM30.00 senaskah.

Semoga dengan usaha sebegini dapatlah memberikan semangat kepada para karyawan dan penulis-penulis untuk terus menulis, bhkan sahaja bagi genre puisi, bahkan cerpen serta novel.

Beberapa bulan yang lalu, Dewan Persuratan Melayu Pahang telah mengadakan bengkel penulisan novel di Maran, Pahang bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam penulisan novel.




0 comments:

share2