
Jenama Malaysia telah diterima sebagai jenama yang paling popular di kalangan para pengguna Singapura.
Ini terbukti melalui senarai jenama Asia yang paling berpengaruh di Singapura seperti yang diumumkan oleh Brands Alliance, yang menggunakan Influential Brands, platform jenama yang paling cepat berkembang untuk tinjauan tersebut.
Senarai itu juga dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas jenama-jenama Asia yang lain di republik itu dari 2013-2015 dan meliputi lebih daripada 4,000 pengguna yang melibatkan jenama dari China, Hong Kong, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia.
Brand Alliance, yang memiliki pengalaman selama 17 tahun, dalam satu kenyataan, memberitahu bahawa jenama Malaysia yang mendahului senarai itu sebahagian besarnya terdiri daripada FMGC ("Fast-Moving Consumer Brands") seperti Julie's Biscuits, Ah Huat White Coffee dan Hup Seng.
Dalam industri makanan dan minuman, ia dipegang oleh The Manhattan Fish Market dan PappaRich.
Brands Alliance Group berkata jenama Malaysia lain yang dinamakan oleh pengguna Singapura adalah AirAsia (syarikat penerbangan tambang rendah), Royal Selangor (pembuat pewter mewah), Hatten Group dan SP Setia (pemaju hartanah) dan Resorts World (tempat percutian bersepadu).
Katanya, kajian ini mengumumkan disebabkan kedudukan lokasi yang amat berdekatan dan usaha perdagangan bebas antara kedua-dua negara, kebanyakan syarikat meletakkan Singapura sebagai sebahagian daripada pelan pertumbuhan mereka di mana pulau itu menjadi pasaran pertama mereka di luar negara.
"Oleh itu, jenama Malaysia telah menjadi jenama yang kukuh di kalangan pengguna Singapura yang mempunyai kaitan nostalgia, penjenamaan yang kukuh dan pendedahan," katanya.
0 comments:
Post a Comment