Jitra – Seorang anak tergamak menikam ibu bapa angkatnya yang berusia lingkungan 60-an di Taman Suria 2 di sini, semalam.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham antara mereka.
Menurut saksi kejadian, insiden itu bermula apabila anaknya yang berusia lingkungan 30-an terkunci di luar rumah selepas bergaduh dengan ibu bapanya itu.
Suspek yang berang dengan kejadian itu kemudian mengambil senjata tajam untuk menikam ibu bapanya.
Insiden itu menyebabkan bapa angkatnya cedera di bahagian belakang badan dan dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan.
Manakala ibu angkatnya yang parah di perut dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.
0 comments:
Post a Comment