Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 29, 2015

UMNO, BN PAHANG SOKONG KEPUTUSAN PM ROMBAK KABINET




Badan Perhubungan UMNO Pahang hari ini menyokong penuh tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan kabinet semalam dan melantik barisan jemaah menteri baharu dalam usaha membentuk barisan kepimpinan negara yang lebih jitu.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri, percaya tindakan itu dilakukan bagi mengukuhkan lagi parti dan kerajaan. 

"Kita akan berikan sokongan supaya apa juga masalah dihadapi dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Yayasan Pahang di sini hari ini.

 Dalam masa yang sama, Adnan yang juga Pengerusi BN negeri turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu dan berharap beliau dapat menjalankan tugas dengan amanah, bertanggungjawab, adil dan saksama. 

"Kita juga berharap beliau dapat membantu Perdana Menteri menguruskan parti dan kerajaan," katanya. 

Adnan juga merakamkan penghargaan UMNO dan BN negeri terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang selama ini telah berkhidmat menguruskan jentera pentadbiran parti dan negara.

0 comments:

share2